KELAB PEMADAM

MALAYSIA BEBAS DADAH 2015

Friday, February 5, 2010

Sejarah Kelab

Tanggal 30/08/98..
Universiti Tenologi Malaysia (UTM) Skudai akan menjadi universiti awam pertama menubuhkan kelab Pemadam di negara ini bagi turut serta menjalankan kempen anti dadah. Penasihat Kelab Pemadam UTM, Mohd Zolkifly Shaari, berkata sejajar dengan penubuhan kelab itu, KTR UTM dengan kerjasama Agensi Dadah Kebangsaan Johor menganjurkan kempen kesedaran dadah mulai hari ini sehingga hujung minggu ini.


Tanggal 08/10/98
Universiti Tenologi Malaysia (UTM) Skudai akan menjadi universiti awam pertama yang memperkenalkan mata pelajaran mengenai dadah sebagai kokurikulum tidak lama lagi. Para penuntut berpeluang mengikuti mata pelajaran mengenai bahaya dadah dengan kerjasama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) cawangan Johor.
Menurut Setiausaha PEMADAM Johor, En. Mohd Zolkifly Shaari, matapelajaran akan dimulakanpada semester Disember ini.

No comments:

Post a Comment