Friday, July 16, 2010
Semester Bermula
Tanggal 7.dan 8 Julai 2010, berlangsungnya pencarian ahli baru serta AJK untuk aktiviti KOLOKIUM kelab Pemadam IPTA dan IPTS, Alhamdulillah jumlah ahli baru kelab dianggarkan 80 orang dan segala aktiviti berjalan dengan lancar. Namun begitu, bilangan ahli bukan bermakna sesuatu organisasi itu penuh didikasi serta berrtanggungjawab, aktiviti serta kualitilah yang membezakan sesuatu perkara.
Untuk pengetahuan pembaca, pada hari tersebut, turut berlangsungnya Minggu Transformasi Mahasiswa serta Minggu Anti Merokok,
Dalam Minggun Anti Merokok, antara isi penting yang diketengahkan, kepada siapa yang merokok di dalam universiti, akan dikenakan denda RM25, jika ditangkap oleh pengawal keselamatan, namun jikalau pusat kesihatan dariapada kementerian, maksimum RM2000.oo dikenakan
Sunday, March 7, 2010
MALAM PENGHARGAAN 'MEMORY NIGHT'
Pada hari Sabtu,30 Januari 2010 yang lalu,Kelab PEMADAM UTM telah mengadakan satu majlis Malam Penghargaan 'MEMORY NIGHT' bertempat di Dewan Jamuan Bangunan Pentadbiran(HEP) UTM. Majlis yang dirasmikan oleh penasihat kelab, En Mohd Zolkifly B Shaari ini diadakan bertujuan untuk meraikan barisan Majlis Tertinggi Kelab PEMADAM sesi 2009 disamping untuk mengeratkan silaturahim di antara ahli kelab dengan barisan Majlis Tertinggi kelab bagi sesi 2010. Di dalam majlis ini juga telah diadakan penyampaian watikah pelantikan MT 2010 dan diselang seli dengan acara cabutan bertuah dan persembahan oleh kumpulan yang dianggotai oleh MT kelab dan tetamu jemputan.
Wednesday, February 17, 2010
Jenis - Jenis Dadah
- Candu
Tajuk Keterangan Nama/Bentuk Asli-Candu
- Candu mentah
- Candu masak
- Tahi canduCara Pengambilan dihisap dengan paip, telan, makan Tanda Pengambilan khayal-halusinasi, euforia-kesugulan, pemikiran atau pertimbangan berkurangan Kesan Pengambilan Jangka Pendek mengantuk, badan menjadi lemah, mengalami ganguan jiwa Kesan Pengambilan Jangka Panjang ketagihan, kelemahan fizikal dan mental Bahan Asas Candu
Getah bunga popiTempat Pengeluaran Columbia Guatamala Mexico Asia Tenggara Burma Laos Thailand Asia Barat Afganistan Pakistan Amerika Selatan
Wednesday, February 10, 2010
Friday, February 5, 2010
Sejarah Kelab
Tanggal 30/08/98..
Universiti Tenologi Malaysia (UTM) Skudai akan menjadi universiti awam pertama menubuhkan kelab Pemadam di negara ini bagi turut serta menjalankan kempen anti dadah. Penasihat Kelab Pemadam UTM, Mohd Zolkifly Shaari, berkata sejajar dengan penubuhan kelab itu, KTR UTM dengan kerjasama Agensi Dadah Kebangsaan Johor menganjurkan kempen kesedaran dadah mulai hari ini sehingga hujung minggu ini.
Tanggal 08/10/98
Universiti Tenologi Malaysia (UTM) Skudai akan menjadi universiti awam pertama yang memperkenalkan mata pelajaran mengenai dadah sebagai kokurikulum tidak lama lagi. Para penuntut berpeluang mengikuti mata pelajaran mengenai bahaya dadah dengan kerjasama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) cawangan Johor.
Menurut Setiausaha PEMADAM Johor, En. Mohd Zolkifly Shaari, matapelajaran akan dimulakanpada semester Disember ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)